Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 16-Nov-2006 03:48
RATU SEHARI IS OUT

Segmen: jauhari
Singkap kembali sejuta memori
Kenangan manis kekal abadi

Saat-saat manis bergelar Raja Sehari pastinya tergambar jelas di dalam ingatan pasangan pengantin. Tidak dinafikan bahawa kenangan-kenangan indah tersebut menjadi lebih bermakna jika ia mampu dikongsikan bersama-sama ahli keluarga, teman-teman dan generasi yang akan datang. Biarpun dimamah usia, namun memori yang menjadi nostalgia kehidupan tidakkan pudar begitu sahaja dengan penggunaan teknologi videografi yang mampu merakamkan dan menyimpan rakaman hari bahagia anda. Oleh itu, Ratu Sehari cuba mendekatkan anda dengan dunia videografi bersama Manggis Production untuk edisi pengenalan ini.
Manggis Production ditubuhkan pada tahun 2001 oleh dua anak muda berbakat yang dikenali dengan nama Nazura Rahime dan Fauzee Nasir, berbekalkan senjata azimat – sebuah kamera dan sebuah mesin mengedit. Pada waktu itu, mereka melalui saat-saat yang mencabar bagi memajukan syarikat ini kerana masyarakat masih tidak menyedari kepentingan videografi perkahwinan. Beberapa tahun yang berlalu memberi ruang kepada mereka untuk memperkenalkan dan mendidik masyarakat mengenai bidang ini. Berkat usaha dan kesungguhan mereka, syarikat Manggis Production yang mengkhususkan kepada videografi perkahwinan yang diusahakan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Daripada hanya bergiat di dalam majlis perkahwinan saudara-mara dan rakan-rakan, penggambaran dan rakaman kini dilakukan sehingga 15 majlis dalam satu bulan.
Minat yang mendalam terhadap seni fotografi, filem dan lukisan menjadi pendorong utama kepada kerjasama kedua-dua individu ini. Nazura menggemari kerja-kerja artistik manakala Fauzee lebih menjurus kepada teknikal. Ditambah pula dengan kelulusan yang dimiliki, iaitu diploma di dalam bidang arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia dan ijazah bidang Media Digital (Coventry, UK) – Fauzee, dan ijazah Media Digital dari Universiti Multimedia - Nazura, menguatkan lagi ilmu di dada bagi menceburkan diri di dalam industri perkahwinan tanah air. Selain minat dan kekuatan akademik, mereka sentiasa mahukan kelainan di dalam hasil kerja yang dilakukan. Pelbagai perubahan boleh dibuat melalui kreativiti dan teknologi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan videografi perkahwinan. Bertunjangkan minat dan visi yang sama, mereka meneruskan profesion ini walaupun pada ketika itu, ramai yang memandang rendah kepada kebolehan yang mereka miliki.

Bermula dari RM 1500 ke atas, corak perkhidmatan yang ditawarkan juga unik dan berbeza. Terdapat tiga fasa perkhidmatan iaitu Pra-produksi (pertemuan dengan pelanggan dan perbincangan mengenai butir-butir majlis), Produksi (penyediaan peralatan yang dibuat lebih awal dari waktu bermulanya majlis bagi mendapatkan sudut-sudut yang terbaik) dan Pos-Produksi (proses mengedit dilakukan sehingga video yang dirakamkan memiliki sebuah jalan cerita yang tersendiri). Ditanya jika terdapat sebarang permasalahan yang wujud di dalam majlis yang dirakamkan, mereka dengan ikhlas menyatakan bahawa tidak kira betapa besar atau kecilnya sesebuah majlis, pasti terdapat masalah yang timbul. Namun demikian, semuanya terpulang kepada videografer yang terlibat untuk menangani dan menyelesaikan masalah tersebut dengan kredibiliti dan sikap profesionalisme yang dimiliki dalam menjalankan tugas.

Adat dunia perniagaan, pasti terdapat pihak lain yang bersaing di dalam bidang yang sama. Mereka berpendapat bahawa persaingan merupakan perkara yang baik di dalam menjalankan perniagaan. Persaingan yang sihat menjadikan diri berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki mutu dan hasil kerja.
“Kami sering cuba berfikir secara berlainan untuk mendapatkan mutu kerja yang lebih baik di masa hadapan. Kami tidak pernah puas dengan apa yang telah kami lakukan. Kami akan terus berusaha untuk melangkah ke arah yang lebih baik lagi”.
Khas buat para pembaca yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum perkahwinan. Selain itu, pesanan ikhlas Nazura dan Fauzee dari Manggis Production di dalam membuat pemilihan videografer perkahwinan anda ialah melalui pemerhatian ke atas portfolio mereka bagi mengetahui hasil yang bakal diperolehi, dan, pastikan anda menilai gaya penggambaran yang dilakukan supaya anda bakal berpuas hati dengan apa yang akan diterima nanti.


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.